Sunday, June 1, 2014

SEMANGAT

Abah. ku masih ingat detik itu. ku pegang tanganmu yang kasar. ku tatap wajahmu yang kian lusuh dek lelahnya pengorbanan. ku rangkul bahumu yang terlihat bongkok demi kami. ku papah diri mu yang lemah hingga ke pembaringan. abah. abah selalu bercerita tentang kehidupan. tentang betapa jerihnya realiti. ku belajar dari ceritamu. dari pengalamanmu. abah selalu bercerita tentang perjuangan. hingga aku menjadi semangat tatkala terkenang kembali segala perjuanganmu selama hayat ini. abah. sering abah bisikkan kata sayang. ketika aku lelah akan hariku. sering abah menjadi inspirasi. dalam perjalananku meraih cita-cita dan sebuah impian yang belum tentu. hingga ku tak putus harapan. di saat aku hampir berputus asa. abah genggam tanganku. merenung mataku. lalu aku putuskan untuk terus berlari mengejar cita-cita dan harapan. kerana aku tahu. kejayaan aku memberi erti yang sangat berharga untukmu. abah. saat-saat terakhir bersamamu tak akan pernah aku lupa. sempat ku pegang tangan mu saat wajahmu terpancar ketakutan. sempat ku tatap matamu yang penuh dengan air mata. merenung sayu bersama rasa cinta yang tiada batasan. sempat ku usap kakimu yang terlihat lelah akan langkah kehidupan. sempat ku menangis ketika kau terbujur bertarung dengan kesakitan. abah. deritamu kini berakhir sudah. tunggulah kami di pintu syurga. senyumlah abah. kini beban mu sudah terlerai. ku menunggu saat waktu kita bertemu. tiada penyesalan terpalit di hati ini. ku sempat hadir untuk memberimu semangat dan kekuatan dalam melawan rasa sakit. meski aku tak mampu untuk meredakan rasa itu. abah. bersemadilah dengan aman. hadirlah dalam mimpiku jika anakmu ini rindu. meski jiwa yang lemah ini kadang kala rapuh tanpamu, tapi jangan pernah khuatir abah. aku pasti kuat dalam menempuh ujian-Nya. abah. tanpa nafasmu, tanpa senyummu, tanpa senda dan tawamu, hidup ini terasa kosong dan sepi. kerana abah adalah insan yang selalu menyinari hari-hari kami. iringan doa dalam munajat sentiasa hadir untukmu abah. abah. anak-anakmu kini berjaya menjadi insan. andai hayatmu masih ada, abah pasti bangga melihat kami. sudah ku tunaikan tanggungjawab sebagai kakak abah. ku cuba tunaikan sebaik mungkin. semampu kudrat dan upaya. helmi dah selamat melangkah ke universiti. abah. helmi dah besar. dia makin dewasa. hati sayu mengenangkan dirinya yang mendaftar tanpamu. tapi kami semua tahu dia kuat. abah melihat segala-galanya kan? abah tahu anak-anak abah mampu berjaya kan? kami janji kami akan buat abah dan mama berjaya. ku rindu dirimu, abah. :')

Perindu setia,
Fitrah Ilyana.