Thursday, May 26, 2011

ASASIAN-TO-BE :)

Buku sahabat baik saya mulai sekarang :)

Babe ! pergh sumpah rindu kat kau belog . seminggu tak hapdate kan ? ye fitrah ilyana malas . tahu tuh . kenapakah ? she's been so hectic this week . tak payah cakap lahh . shopping , shopping and shopping ! hahahaha sampahnya ayat ko . yelah tuh main thing to do this week . pembaziran melanda . mentang-mentang ko dilayan mcm tuan puteri anak raja . semua nak semua dapat . soo , lupa diri plak ko kejap . huhu . sumo bondo nak diboli dek pompuan neyh . excited nak masuk UM nye pasal . shopping bagai nak rak tapi JPJ dah failed twice . haaa ye ! percayalah . memang fitrahilyana dah failed JPJ dua kali dalam dua minggu berturut-turut . bukit Cott memang tak sayangkan saya . merajuk lahh . cuti sem aku jumpa kau lagi bukit Cott , aku tahu akan kurus cket , so please behave and treat me well . or else ko tak wujud lagi dah kat situ . hahahaha gengster nya kau minah senget ? yelah frust doe kandas 2 kali dekat bukit . gian dah aku nak masuk parking . hahaha .

So ilyana , dah prepare nak jadi student kembali ? fizikal sudah kowt . in fact , kaki aku belum recovered sepenuhnya . takpe , saya kuat ! haha poyo ! half things done , half things undone . fuhhh it was tiring . nak bukak akaun bank , buat medical check-up , buat spec , fill in all the forms blah blah blah . belum bab nak packing lagi . beg besar bagak nak mampus . gemok pun muat masuk dalam tuh . tapi isi half barang dah penuh . what the fish ? hahaha . pmpuan neyh kalau boleh semua benda dia nak bawak pergi sana . mcm dah taknak balik dibuatnya . huhu . kesimpulannya , saya tak packing pape lagi . dah titik . banyak bunyi ko kemaskan untuk aku boleh ? haha

Mentally ? half ready ! separuh hati cam excited gler gaban nak pergi . jumpa kawan-kawan baru , live a new life , duduk hostel , suasana baru semua . mcm best syok giler ! tengok pict kawan-kawan yang dah dulu masuk , lagilah hati aku meronta-ronta nak masuk uni . facebook pun mcm dah sunyi jek dahhh . tapi separuh lagi cam tak rela nak berpisah dengan mama yang tak pernah jemu dengar cite aku , abah yang paling sabar layan kerenah anak manja dia neyh , roommate kesayangan aku si makcu yang memang the best roommate ever , gemok dan shemot yang suka buli aku , suka gaduh dengan aku . aku akan rindu semua kenangan tuh . aku tak tipu . pergh emo lahhh plak bila pkir semua tuh . dahdah ilyana . bulatkan tekad ko demi satu matlamat yang jitu . cheewaaaaaaah ! :DD

GOODLUCK MY DEAR ILYANA ! :)

Senyumlah ,
Fitrah Ilyana .

Thursday, May 19, 2011

ANUGERAH DARI KEGAGALAN



Babe ! yeah lama tak hapdate post kan ? bila semua orang sibuk dan busy update belog dorang dapat scholarship MARA , JPA , UTP semua , di manakah aku ? aku di rumah sendirian menangisi hakikat diri . kenapa ? sebab aku tak dapat scolarship yang selama neyh aku idam-idamkan . sungguh aku sedih , frust , kecewa , marah , malu dengan diri aku sendiri . so what ? korang nak cakap aku lemah , cengeng ? up to you . tapi bila ape yang kau harap-harapkan , idam-idamkan terlepas dari genggaman , u will feel like all your dreams hancur berkecai . tuh yang aku rasa masa mula-mula aku dapat tawu fact yang aku tak dapat MARA tuh . yup that's a true fact . bukan kisah dongeng .

tapi aku still bersyukur , aku masih ada mama , abah , family dan kawan-kawan yang cares . thankyou guys . kegagalan ini buat aku lebih kuat . lebih tabah menerima kenyataan . kegagalan ini buat aku kenal siapa kawan , siapa lawan dan siapa musuh . terima kasih mama sebab sedarkan ayong yang tak semua benda kita nak , kita boleh dapat . don't worry guys , aku dah redha menerima takdir Allah buat aku . siapalah aku untuk menidakkan takdir Ilahi kan ? Allah knows the best . ada perancangan yang lebih baik untuk aku . aku perlu yakin tentang itu . Allah memberi apa yang kita perlu . perhaps i'm not ready for the greater challenge there yet . at least , i'm still in Malaysia , having my mama , my abah , my family as well my closest friends by my side . yang sedia menyokong , membantu aku di saat aku memerlukan . aku yakin ada hikmah di sebalik semua neyh . jangan sedih lagi ilyana . bangkit dari kegagalan itu dan cipta sebuah fenomena di Universiti Malaya sana . UM lebih memerlukan kamu young lady . La Tahzan . Allah sentiasa ada dengan engkau . betul apa mama cakap . kesedihan mendekatkan kita dengan Allah . betapa aku leka dan lalai sebelum ini . Ampunkan aku Ya Allah .

Ini baru ujian kecil ilyana . banyak lagi ranjau dan duri yang perlu engkau tempuh kerana kejayaan itu menuntut pengorbanan yang bukan sedikit . pinjamkan aku sedikit kekuatan-Mu Ya Allah . Sesungguhnya bumi Allah itu luas . kat mana-mana pun kita boleh belajar kalau itu yang kita nak . this test mengajar aku erti kehidupan . fitrah ilyana takkan jatuh . aku akan terus berjuang sedaya kudrat demi sebuah kejayaan unggul . i'll prove to them , aku juga boleh berjaya di UM . UM ilyana UM ! sape taknak masuk UM kan ? orang beratur nak masuk UM . ko antara beribu yang dah dapat , so bersyukur lah . Perancangan Allah itu di luar batas akal dan minda kita . learn to live your life there dan tamatkan pengajian dengan penuh bermaruah . you can do it ilyana . u will prove it to the world !

To every single person yang berjaya dapat scholar tuh , lotsa congratz guys ~ korang dah dapat ape yang korang nak kan ? sooo , have a faith in yourself and buktikan yang korang memang deserve dapat scholar tuh . sebab ramai lagi yang berharap dapat tapi tak dapat kan ? so guys , i guess each of us now memang tengah pulun habis prepare nak masuk belajar balik kan ? goodluck semua menempuhi alam baru , fasa baru dalam perjalanan kehidupan kita . ingatlah walau di mana kita berada , tetapkan matlamat , jelaskan niat dan gapailah bintang setinggi yang kita mampu .

Dari kegagalan satu kepahitan ku alami . penderitaan , kesengsaraan . tapi di sebalik semua kegagalan , tersembunyi keinsafan dan pengertian yang amat mendalam . terbukti kegagalan bukanlah kehancuran . dengan anugerah , nikmat dan hikmat kehidupan . aku pelajari mengenali diri . dan siapa kita yang sebenarnya di bumi Tuhan . :)

Terbanglah setinggi yang engkau mampu ilyana . Percayalah , Allah itu Maha Adil . kerana selepas turunnya hujan , ada pelangi yang datang menjengah . yang bakal mewarnai kanvas hidupmu . Allah mengambil sesuatu untuk menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik . Teruskan visi dan misimu menuju ke mercu . SO ?

BYEBYE IRELAND , WELCOME UM

Ps : another failure for this week , aku kandas JPJ dalam trek . well done Ilyana . ~

Dugaan tiba ,
Fitrah Ilyana .

Monday, May 16, 2011

KISAH DONGENG

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sendu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati


Manusia tak sempurna ,
Fitrah Ilyana .

Sunday, May 15, 2011

LETAK TAPAK KAKI KAT UM :)

Kolej kami nok !

Babe ! aku sedih . tapi taknak layan perasaan sedih tuh sangat . biaq pi simpan jauh-jauh di sudut hati . haih . let's move on ilyana . so , ape cer hari nieyh ? lemme tell you a lil' bit (memang cket pun) about the UM scenery mengikut pemantauan cikfitrahilyana neyh . ngee . :)

1. ABG guard dia (abg oke , nampak tak tuh ? bukan pakcik ! haha) sangat baek . yeah , dats my first impression . tak lokek , tak bangga diri . tak tahan-tahan orang bila nak masuk . coool aje . haha . thankyou abg guard tunjuk jalan ke Kolej Raja Dr Nazrin Shah . hehe . simpang Y pertama masuk kanan , simpang Y kedua masuk kanan lagi , simpang Y yang ketiga , turn left ! bak kata nabil . hahaha .

2. UM sangat menenangkan . tak tipu ! banyak pokok-pokok . yes memberi kita cukup oxygen nak study . sape yang cakap dia ngantok sebab tak cukup oxygen , meh cney aku bagi pelempang . hahaha . banyak kolam ! ahaaa , sape-sape yang rasa die mcm taley nak control stress , mental tak tentu hala , haa kolam tuh banyak . pergi cari cepat ! eh eh , bukan aku suruh ko terjun dalam kolam tuh . pergi duduk tepi kolam , tengok ikan-ikan , renung keagungan Ilahi . positive-thinking please derrr ! :DD pendek kata (bukan pendek umo) dalam UM taklah panas sangat . redup jea sebab pokok-pokok dia dah tanam bertahun . bagak-bagak semuanya . huhu ! jgn risau kalau anda rasa nak berjalan kaki di dalam UM , anda takkan GELAP . kahkah . lawak spastik tahap makan kasut neyh .

3.  Kolej kediaman ? pergh ! superb ! kalau tengok dari luar lahhh . org tua-tua cakap ; don't judge a book by it cover . ye tak ? sooo , dari luar , memang cantek lahhh ! kaler peach ke-oren-orenan (kejadahnya bahasa ko pmpuan ?) , mcm ala-ala gold cket lahh . BESAR hoke BESAR ! tengok gambar atas dah tahu kan ? huahua . ada 4 blok dalam satu pagar . 2 for boys and 2 for girls (aku rasa lahh . tak tanya pun ! ngee). haa mesti mcm2 dah ada dalam mind kan ? kenapa aku ckp mcm tuh ? sebab 2 blok tuh dipisahkan dengan satu bangunan kat tengah-tengah . kafeteria dy lahh kowt . hee . tengok dari jauh je tadi . and AGAIN ! separated by a lovely pond . hahaha . meroyan pmpuan neyh nmpak kolam . huhu . their place quite modern . dengar cite paling mahal lahh yuran kediamannya . yelah bangunan kediaman paling latest lahh yang ada dalam UM tuh . woot ! woot ! syok giler seh . satu bilik 2 orang SAHAJA . haa gaduh dengan roommate anda jea yeh . hakhak . tengok balik bangunan atas tuh . tinggi kan ? jangan risau . ada lift yeh . dia tahu kita pemalas nak daki tangga . huahua . tapi dekat dengan bangunan yang masih under construction . oh sedih ! nak study siang-siang sumbat telinga dengan kapas ye cik puan ! hehehe .

4. jarak antara kolej dengan Pusat Asasi Sains ? tak jauh sangat . tapi kalau berjalan , sempat gak lahh kelenjar peluh dekat ketiak aktif . huahua . bawak rexona dalam beg kuliah anda ye . pesan awal-awal . sebab rasa mcm kena mendaki bukit cket . heee . cket jea lahh . kalau taknak jalan , nak pastikan bau perfume berkekalan sampai dalam bilik kuliah , haa boleh aje duduk mencangkung tunggu shuttle bus datang pagi-pagi . takde hal lahh . (pmpuan neyh tahu dia antara yang akan mencangkung tuh . wakaka) tapi ape lah salahnya kau jalan kaki cket fitrahilyana oyy ? bukan jauh benar deh . jerit dari kolej , kat Pusat boleh dgr suara katak kau tuh . so jangan jadi pemalas ! nak kurus kan ? so JALAN KAKI ! kau patut bersyukur ilyana tak payah nak mendaki beratus-ratus anak tangga seperti di UiTM Puncak Alam . fuhhhh , mengucap panjang kalau mcm tuh . haha .

5. pusat hiburan terdekat ? MID VALLEY nok ! haa terbeliak mata kau tgk capital words tuh ? pergh , ada GSC lagi ! haa meroyan tarik rambut cepat ! nanti kau tgk lahh hujung minggu ada muka aku dekat Mid Valley tuh . huahua . mama dah cakap dah ; kalau tensyen2 kol mama , mama naek komuter dari seremban , kamu tunggu dekat mid . pergh , mama kuh memang sporting abes . i ♥ u more lah mama ku sayang ! ngeeee .

6. nak balik seremban ? tak payah nak menyusahkan mama abah nak harung jammed nak amek kau pmpuan ! pergi naek LRT dekat hentian Kerinchi pergi KL Sentral . naek Komuter sampai Seremban . haa senang kan ? jangan nak merungut ye pmpuan ! tak susah mana pun tuh . nak berjaya kan ? kena USAHA ilyana ! ngeeeeeee . drive sendiri ? lagi toksah mimpi ! asasian dilarang drive ye atuk nenek ! paku itu dalam otak siap-siap . :)

7. takut sesat ? aku nak tanya ? kat rumah kau , kau sesat tak ? tak kan ? so UM tuh bakal jadi rumah kau . kau takkan sesat nyah ! tak payah mengado . lagipun , semua tempat pun ada signboard . takpayah risau . pakcik signboard sedia berkhidmat . bersepah-sepah signboard . merata-rata . haha :DD

8. dewan canselor ? dekat dengan Pusat Asasi . tapi jauh lah cket dari kolej ke-12 . tak jauh mana pun . (jawapan positif menyedapkan hati) guess what ? kau keluar dewan canselor , kau nampak bangunan peperiksaan ! yes exam building ! ape tujuan UM buat exam building kat situ ? supaya bila kau keluar dari taklimat UM masa hari pendaftaran tuh nanti , kau dah hengat yang kau ada exam menanti . haa amek ! tak bagi chance langsung nak enjoy UM neyh . huahua . gurauan semata-mata itu . hee .

So , aku rasa neyh jea lahh yang aku dapat tadi . hasil pemantauan berkala YB Ilyana . wakaka ayat mcm sampah dy neyh . akhir kata , Ilyana , walau sebanyak mana pun kau complaint , kat situlah nanti kau terperuk . so jangan banyak cakap , jangan banyak membebel , tapi kata BOLEH ! Sekian dari saya , si pengomel setia . Assalamualaikum . :)

Asasian-to-be ,
Fitrah Ilyana .

Wednesday, May 11, 2011

GIRLS DAY OUT



Babe ! tuday minah neyh excited gile ! eh silap . dh ary rabu lahh . haa semalam lah tuh . ngee . kenapa ? haa ce cite ce cite . haha sebab dia dah berjaya melunaskan rindu dendamnya dengan 2 orang kawan baek dia ! siapakah ? siapakah ? Siti Na'eimah Osman and Nurafieqah Amiera Amir ! woot ! woot ! bangga tak aku sebut full name korang ? huahua . it was so exciting to ride a car with this stunning-new-driver , Fqa and this beautiful-mischievous-lady named Naeimah . hahaha . dah lama tak jumpa . masa pergi Mines dulu jumpa sekejap jea Fqa , tak dapat gosip mak datin lelama . then tadi , dapat peluang keluar bertiga , haa tak hengat dunia masing-masing ! duduk makan kat Johnny's sambil borak-borak mcm dalam restoran tuh ada kami jea . memang pun . sebab orang laen duk makan setengah jam , 45 mins dah sudah . kitorang duduk makan 1 jam setengah . haa boleh ? tak sedar diri sungguh . :DD maklumlah , byk benda nak digosipkan . tapi kami tak ngumpat ! betul ! :))

Then pergi solat , pergi shopping sama-sama ! waa shopping ! suka nak mampus ! excited gler masuk kedai baju try baju sini sana . tapi then letak balik . huhu . masuk plak kedai make-up , cuba semua jenis make-up yang ada dlm tuh . thnx Naeimah jadi model make-up artist nama fitrahilyana neyh ! makeup artist ke ? tuka profesion dah pmpuan ? haha taklah . saya masih nak jadi doktor . jgn risau ilyana . cita-cita kau masih jitu . ngee . lepas tuh lepas tuh ? aish , kalau dah kua , tak sah kalau tak tgk wayang kan ? soo pergilah tgk wayang afta tuh . cite Water for Elephant . fitrahilyana lahh meroyan buat muka comell ajak dorg tgk cite neyh sebab nak tgk Robert Pattinson yang ensem tuh ! haha ye tau ilyana gatal . dah diam ! huhu . kami bertiga yang first-first sekali masuk panggung . pergh ! rasa cm panggung tuh kami punya . gila kuasa kan ? alaa sekali-sekala . tapi sadly , tak abes pun tgk cite neyh sebab lambat sgt habisnya . byk urusan nak diselesaikan so , kami beredar awal . sampai sempat sindir-sindir 2 kapel kat blakang skaly tgh sukasuka . ayo abg akak , kami pun dapat dosa sama sebab duduk satu panggung dgn korang lahh . malu dekat cina depan tuh yang duduk pun ada space . okay saya tahu saya bukan ustazah , tak layak ckp lebih-lebih . tapi ini juga ingatan untuk saya dan kita bersama .

We end up our days out going back home at 5.30pm . dengan membawa ole-ole Big Apple sorang sekotak untuk penghuni rumah yang bertangga . ape motif ko mek ? hahaha . kami tak lupa diri . kami masih ingat keluarga di rumah . huahua . bajet ! this days filled with valuable moments , laughter and happiness . tapi sayang tak snap satu pict pun . terlampau excited sampai terlupa daratan kejap . hee thankyou so much guys for everything . will never ever forget our memories . good luck Fqa , Naeimah . baek-baek tinggal di Puncak Alam Fqa , elok-elok di Pilah ye Naeimah . i love you all ! ♥♥♥

Ps : tadi jumpa Hawa , Bid and Ikhwan . nampak Sepet juga tapi dia tak perasan kami . sedih .
PPs : Amy ! Fatin ! bila kite nak kua plak ? rindu neyh ! :)

GREAT ,
Fitrah Ilyana .

Tuesday, May 10, 2011

PASUM , you are welcomed !



Babe ! ye aku tahu entry tajuk neyh dah lapuk , dah berkulat , dah basi smue dah laa . tapi kan ? tapi kan ? tetap nak cite juga . haha . bukan nak cite , takde cite pape pun . just nak gtw aje . akhirnya , ada juga universiti yang mahu menerima insan bernama fitrahilyana ini . :)

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya - Asasi Sains Hayat

my place to be . setahun tuh nok . ingat-ingat cket . setahun tak lama . nak capai pointer 4.00 tuh bukan macam baca ABC 123 . it will not be an easy route ilyana . struggle , be strong , stay classy and study smart . if you have a will , you'll have a way . confident confident ! SAYA HEBAT ! (bukan promote diri , promote susu baby) komisyen untuk saya ye ! dah market produk awak di belog berhabuk saya neyh . wakaka . dah tukar topik ! haha nothing to say , goodluck to semua kawan-kawan . walau di mana pun kita berada , walau di mana pun kita ditakdirkan , bukan tempat jadi ukuran . usaha kita untuk terus berada di atas yang mustahak . bring SHAMS to the TOP ! chaiyok ! chaiyok ! jangan sedih , jangan bimbang . Allah plans the best untuk kita . :) Tahniah to korang-korang yang dapat fly . To Fatin , Syifa' , Insyirah , Zulfaa , dah jadi minah arab jangan lupa kami di sini . teehee . okay akhir kata , kita semua pemenang , tiada pengalah ! huahua . :DD Selamat mengisi borang dan membuat persiapan ke alam baru . :)

Ps : To adek-adek junior , selamat menjawab exam tomorrow :)
PPs : MARA , please treat me well . andai Ireland tempat untukku , arahkan aku ke jalan itu Ya Allah . :)

Reality ,
Fitrah Ilyana .

Friday, May 6, 2011

UPU FEVER

Penat tunggu :(

Babe ! pergh tensyen abes tunggu result UPU neyh tahu ! as well as MARA also . tak kesahlah MARA tuh . mid May pun tersembulnya . betullah pepatah Melayu ada menyebut ; "Penantian satu penyeksaan" ! haih sabar ilyana sabar . penat jea countdown tunggu 12am tadi . last2 12 noon esok . gemar eh kerajaan buat kami tertunggu-tunggu . asal boleh semua nak tangguh-tangguh . to mereka-mereka yang mohon JPA pun result dy tangguh gak en ? 9 May tak silap . sabar eh korang ? haih . cuba jadi cam results matriks tuh , cepat jea . efisien sungguh website matriks . syabas beteh (meroyan nak ckp hindustan !) . so to all my dear friends , jumlah kite tdow dengan lena malam neyh and bersiap sedia menerima apa jua keputusan UPU yang bakal kite dapat esok hari . ingatlah . Allah memberi ape yang kita perlu , bukan ape yang kita mahu . mari kita belajar untuk sentiasa redha dan bersyukur . :)

Kadang-kadang aku terfikir , why don't we just go back to basic ? live in a daily basis kan ? macam now lahh . tak payah tertunggu-tunggu depan com , depan lappy semata-mata nak check on9 result UPU kite . yg finally , aku rasa akan hang sebab traffic alam maya jammed teruk bila kite berpusu-pusu nak tgk tepat pukul 12 tengah hari esok . kan ? kan ? yelah excited punya pasal . sape tak excited nak tahu tempat kita terperuk selama 6 tahun lebih kan ? haha . soooo , konklusinya , kenapa tak kerajaan suh jea posmen anta surat tawaran dari rumah ke rumah mcm dulu-dulu . barulah lagi thrill dan adventure . klw cm tuh , kite smue just duk tayang muka jea depan pintu gate tggu abg posmen . tak nyusahkan sape-sape . haha . abg posmen tuh pun mesti rasa dia HAWT semacam bila semua org duk tggu dy . skali-skala menglamerkan abg posmen . dapat pahala . huhu . dah meraban ilyana meraban ! hakhak . okay sudahsudah . mau tidow ! nytey guys ~

nota kaki 1 : agak-agak aku dapat UM ke UNIMAS ? nape jauh di sudut hati , aku begitu mendambakan UNIMAS ? musykil .
nota kaki 2 : tadi pergi campak bola boling dengan abah dan makcu . sukasuka ! nanti nak main lagi tau ! :))

UNIMAS please ?
Fitrah Ilyana .

Thursday, May 5, 2011

JIKA KAU RASA GETARNYA


Janganlah hanya mengukir janji ,
sedangkan dikau masih mencari ,
adakah benar kata-kata ,
bukan ungkapan sementara .

Kaulah pancaran yang aku rasa ,
bagaikan obor yang menyinar ,
jika terpadam tiba-tiba ,
sunyilah insan alam gelita .

Jika kau selam hati ini ,
pastinya engkau kan mengerti ,
betapa sucinya cintaku ,
jangan diragu !

Jika kau rasa getarnya ,
debaran kasih cinta yang meronta ,
nilai kasihku padamu cukup berharga .

Bukan simpati yang aku pinta ,
kebenaranmu memutus kata ,
agar dapatku abadikan ,
untuk pedoman peniti cinta .

*Jika Kau Rasa Getarnya - Slam*

Ku ingin kau tahu ,
Fitrah Ilyana .

Wednesday, May 4, 2011

NOVEL IS HEAVEN :)

kalau boleh nak senyum mcm neyh hari-hari :)

Babe ! oyeh dah 4 hari tak hapdate belog ini . rindurindu ! :)
kebelakangan ini (ececeh) alaa ! cuba jangan nak mengacau mood fitrahilyana nak bersastera sekejap tak boleh ke ? sambung balik . sambung balik . haha . taknak . tuka ayat laen . merajuk ! haa mengade ! mengade ! cepuk kang nak ? :DD

dah brenty membebel nenek . so , nak cite ape neyh ? haa ! dah hengat ! dengar neyh ilyana nak membebel . teehee . fitrahilyana neyh kan memang hobi dia membaca novel tak kira masa dan ketika . semua orang dalam rumah neyh tahu fitrahilyana hantu novel cinta . haha . masa SPM dulu pun sempat lagi jengah novel barang sepage , dua . (ape kejadahnya ayat ko mcm neyh ?) haha .

and nak tau tak ? masa SPM belum habes dulu , pmpuan neyh dah berazam (ceh!) nak baca novel banyak-banyak sampai muntah-muntah . konon nak balas dendam balek lahh . tapi kan , tapi kan . it turned out to be different . like seroiously (berterabur ejaan ko pmpuan hoy) seriously kowt ! haha . different cane ? caney haa nak cite . kalau dulu , satu novel uh , memang mcm addicted nak mampus membaca . kdg2 satu ary pun dah berjaya abeskan . tapi skunk ? satu novel punya payah nak menghabiskan tahu . makan minggu . tak pun makan bulan juga lah . kdg2 tuh smpy berkulat , berhabuk novel tuh terbiar kat tepi bantal aku . haha aku pun tatau nape sindrome novel maniac aku cm taknak menyerang plak . huahua . maybe sebab aku sungguh busy berulit dengan phone aku yang tercinta kowt . ngee .

so now , aku rasa aku perlu menaikkan semangat aku untuk mengembalikan sindrome aku kembali . oh yeah c'mon ilyana ! (meroyan ! meroyan !) alaa membaca kan jambatan ilmu . so , ape salahnya saya nak memupuk minat membaca sy kembali kan ? kan ? Ya Allah pmpuan neyh . ello cik ilyana , quote tuh meant for the books yang bersifat ilmiah dan memberi ilmu pengetahuan . pandai sungguh pmpuan neyh mengeksploitasi quote kerajaan . huahua . alaa , novel tuh pun bagi ilmu juga ape . ilmu bercinta ? taklah . ilmu tentang how-to-dream-like-every-love-story-got-happy-ending-as-in-fairytale . kan ? kan ? sape setuju angkat tangan mcm saye ! wakaka . nak gelak besar-besar . merapu dah dy neyh .

okay dah diam ! saya nak bagitau satu fakta menarik lagi . weeee . fitrahilyana yang dulu sangatlah bersifat patriotisme ! hanya ada magnet besi berani terhadap novel-novel berbahasa Malaysia sahaja yek tuan-tuan dan puan-puan . hee . tapi setelah dia menyedari diri nya hanyalah semut merah di tengah-tengah masyarakat yang speaking Inggeris nya bersepah , dia mula dah sedar diri . mula keluar dari cengkerang kura-kura dia tuh . huhu . so dia rasa dia kena make effort untuk meng-improve-kan diri dy dalam menguasai bahasa penjajah itu . huahua . abes ape langkah pertama nya ? dia mula men-tame-kan diri , ape tuh ? tak faham ! alaa , bahasa Inggeris saya tak handal lah . takpe saya translate eh ? ngee . dia mula menjinakkan diri dengan novel Inggeris pula ! woot woot ! bangga cket meh . haha . yelah betul . she's currently reading Cecilia Ahern's book ko tahu ! poyo betul . haha . tapi dah dekat 2 minggu dah . tak gak abes-abes satu novel . haa look ! teruk betul dah darjah kemalasan saya untuk membaca . haih . takpe , now tengah determined neyh nak abeskan gak novel neyh b4 this week ends ! oyeh ! oyeh ! :DD

Waa dah ngntok ! esok jea lah saya sambung baca novel . ngeeeeeee . tampar jea dah pmpuan neyh . ckp tak srupa bikin . haha . so , now memandangkan saya tengah berusaha nak improved my English , to kawan-kawan yang memang terer tahap giga , mega , tera (betul tak susunan saya tuh ?) English tuh , saya mohon tunjuk ajar daripada kalian boleh ? bantulah kawan anda yang tengah tak cukup nafas buat muka comel mengharapkan bantuan anda . hee . sesungguhnya sumbangan dari kalian amatlah saya hargai . terima kasih ilyana sebab buat iklan pepagi buta neyh . haha . nyte guys ~

Sokong hasrat murni saya ,
Fitrah Ilyana .